Sabtu, 19 Februari 2011

Hikayat Indera Nata

HIKAYAT INDERA NATA

Teks: Seuntai Kasih Secebis Harapan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Indera Nata

- Anak / putera Raja Rom (ms 34)

- Bondanya bernama Tuan Puteri Cenderawati (ms 34)

- Mempunyai paras wajah yang tampan. Ketampanaannya membuatkan setiap orang yang melihatnya tertarik.

- Seorang yang gagah perkasa dan berani. Contoh: Indera Nata telah menyelamatkan 7 orang puteri daripada pelbagai negeri yang telah diambil oleh raksasa (Tuan Puteri Cendera Kesuma, Tuan Puteri Nur Laila, Tuan Puteri Ratna Cahaya,Tuan Puteri Bayang-bayang, Tuan Puteri Cendera Dewi dan Puteri Indera Dewi dan seorang lagi puteri tidak dinyatakan nama). (ms 35).

- telah berkahwin empat orang puteri sahaja daripada 7 orang puteri yang telah diselamatkannya. (ms 43)

- Seorang yang penyayang. Contoh: Indera Nata sangat menyayangi kesemua isterinya dan tuan puteri. (ms 43)

- Seorang yang rendah diri dan hormat akan orang lain. Contoh: Indera Nata tidak mahu raja-raja daripada pelbagai negeri imemberi hormat kepadanya tetapi sebaliknya, mengatakan bahawa baginda sebagai menantu adalah orang yang patut memberi hormat kepada mereka. (ms 46)

- Seorang yang bijaksana. Contoh: Indera Nata telah berjaya menangkap dan mengalahkan raksasa kerana kebijaksanaannya mengatur strategi. (ms 51-52)

2. Tuan Puteri Cenderawati

- Permaisuri/Isteri kepada Raja Rom iaitu pemerintah negeri Rom. (ms 34)

- Bonda kepada Indera Nata.

- Seorang isteri yang setia dan penyayang. Contoh: Tuan Puteri Cenderawati masih setia dan sayang akan Raja Rom walaupun pernah dianggap sebagai orang hutan oleh Raja Rom sehingga mereka terpisah. (ms 40)

- Seorang yang pemaaf. Contohnya: Tuan Puteri Cenderawati memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Raja Rom terhadap dirinya dan anaknya yang telah bertindak tanpa usul periksa sehingga isteri dan anaknya dianggap orang lain.

3. Tuan Puteri Cendera Kesuma

- Isteri kepada Indera Nata (ms 34)

- Diselamatkan oleh Betara Gangga semasa dibuang oleh Si Batu Kembar di dalam laut dan telah diberikan gemala hikmat kesaktian (ms 34)

- Digelar Si Piatu oleh orang. (ms 35)

- Seorang yang mempunyai paras muka yang cantik seperti bidadari (ms 35)

- Memiliki kesaktian setelah dikurniakan gemala hikmat kesaktian daripada Betara Gangga. Contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma berjaya menghidupkan semula Raja Rom yang telah mati terbakar. (ms 35)

- Dijadikan orang hutan oleh Si Batu Kembar. (ms 35)

4. Raja Rom

- Ayahanda kepada Indera Nata (ms 34)

- Suami kepada Tuan Puteri Cenderawati (ms 34)

- Bertindak tanpa usul periksa. Contoh: Raja Rom menyangka anak dan isterinya adalah orang hutan dan orang hutan disangka anak dan isterinya disebabkan fitnah Si Batu Kembar. (ms 38)

- Menyesali/insaf akan perbuatannya yang bertindak tanpa usul periksa. Contoh: Raja Rom telah meminta maaf akan perbuatannya terhadap Tuan Puteri Cenderawati dan Indera Nata yang telah disangkanya orang hutan disebabkan fitnah Si Batu Kembar. (ms 38 – 40)

- Mempunyai 40 buah negeri di bawah takluk pemerintahan. (ms 47)

5. Si Batu Kembar

- Menganiaya Indera Nata dan Tuan Puteri Cenderawati sehingga terpisah dengan Raja Rom.

- Bertindak membuang Tuan Puteri Cendera Kesuma ke dalam laut. (ms 34)

- Anak kepada raksasa. (ms 47)

6. Raksasa

- Bertindak untuk melarikan 7 orang puteri daripada pelbagai negeri.

- Berdendam dengan Indera Nata. Contoh: Raksasa telah bertindak ganas dengan memakan 40 orang raja yang menghantar ufti kepada Raja Rom dan beberapa orang rakyat kerana marah dengan Indera Nata yang telah membunuh anaknya iaitu Si Batu Kembar. (ms 47)

- Mempunyai tubuh yang besar dan panjang. (ms 53)

Watak-watak sampingan

1. Gajah dan kuda

2. Betara Gangga

3. Indera Jenaka

4. Dayang-dayang

5. Indera Jenaka

6. Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Siam, Raja Keling dan Raja Peringgi.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang kehebatan dan keberanian.

2. Persoalan tentang kebaikan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan dibalas dengan kejahatan.

3. Persoalan tentang sifat manusia yang lalai dan lupa akan tanggungjawab kepada Allah.

4. Persoalan tentang kasih sayang.

5. Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

6. Persoalan tentang ketinggian nilai budi bahasa sebagai cerminan peribadi seorang individu.

7. Persoalan tentang keinsafan.

8. Persoalan tentang kesabaran dan ketabahan menempuh cabaran.

9. Persoalan tentang hubungan mesra antara keluarga.

LATAR

Latar Tempat

1. Pulau Pelenggam Cahaya

- Tempat Tuan Puteri Cenderawati dan Raja Rom mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan.

2. Negeri Rom

3. Hujung negeri Rom

4. Hutan, padang, gunung & bukit

Latar Masyarakat

1. Masyarakat istana - diwakili oleh Raja Rom iaitu pemerintah benua Rom.

2. Masyarakat pelbagai bangsa – diwakili Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Siam, Raja Keling dan Raja Peringgi. (ms 43)

3. Masyarakat bukan manusia – raksasa (ms 47)

Latar Masa

1. Tiga hari tiga malam – majlis keramaian menyambut tetamu berlangsung selama tiga hari tiga malam. (ms 47)

2. Tujuh hari tujuh malam – tempoh masa pelayaran yang diambil oleh ketujuh-tujuh orang raja untuk sampai ke negeri masing-masing.

NILAI

1. Keberanian

2. Kasih sayang

3. Tolong-menolong

4. Keinsafan

5. Sabar

6. Menghormati

7. Kesyukuran

AMANAT DAN PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran atau musuh yang mengancam keselamatan diri kita.

2. Kita haruslah bertindak usul periksa dalam setiap tindakan atau perbuatan supaya tidak menyesal kelak.

3. Kita jangan lupa dan lalai akan kewajipan kita terhadap Tuhan.

4. Kita hendaklah menghormati orang lain.

TEKNIK PENCERITAAN

1. Dialog

Contoh: Maka kata Indera Nata, “Mengapa pula maka bonda berkata demikian?” Maka kata bondanya, “Aduh anakku nyawa bonda, adapun baginda itu adalah bapamu.” (ms 34)

2. Imbas kembali

Contoh: dan adalah tuan puteri berkata-kata itu air matanya bercucuran seraya menceterakan hal ehwalnya tatkala ia belayar dengan baginda itu hendak pergi mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan di Pulau Pelenggam Cahaya itu dan peri ketika ia direbut oleh Si Batu Kembar dan peri tatkala ia dibuang oleh Si Batu Kembar ke laut itu dan peri tatkala ia diambil oleh Betara Gangga itu serta diberinya gemala hikmat kesaktian dan peri tatkala ia diam di hujung negeri Rom itu sekaliannya habis diceterakan kepada anakanda Indera Nata. (ms 34)

GAYA BAHASA

1. Similie

- Hatta, maka Si Batu Kembar pun menangis serta berteriak sambil berlari-lari ke sana ke mari seperti tagar di langit bunyinya mencari akan peta itu hendak meminta tolong. (ms 32)

2. Penggunaan pantun. Contoh:

Sesudahnya baharu akan dikata,

Sesudahnya mati habislah buta. (ms 34)

3. Penggunaan bahasa asing.

Contoh: Wallahuaklam, Subahanallah (ms 52)

Tiada ulasan: